Tuesday, February 5, 2008

Jangan baca: Ini catatan peribadi

Sudah sebulan tahun 2008 kita lalui. Begitu pantas masa berlari. Begitu cepat dunia berputar. Ya TUHAN... umur pun semakin meningkat.
Awal-awal tahun lagi aku dihadapkan dengan bermacam masalah di pejabat. Masalah pertama yang perlu aku seelesaikan secepat mungkin ialah masalah peribadi staf di bawah aku. Antara dua orang pegawai yang ada di cawangan aku tu, entah kenapa bos melantik aku jadi kaunselor tak bertauliah. Oh, tolonglah! Aku tak suka scampur urusan orang. Dia tak tahu, aku ni bukannya pandai nak nasihatkan orang. Dia tak tahu aku ni jenis yang mudah nak 'melantakkan orang'. hehehe... Masalah aku pun berlambak lagi yang tak selesai. Tapi apa nak buat... kerana aku kuli, maka terpaksalah aku akur. Maklumlah... saya yang menurut perintah! :P
Di atas meja aku tu, menimbun spesifikasi yang nak disemak. Semuanya berntada 'SEGERA'. Di sebelahnya pulak, ada 2 spesifikasi pembelian peralatan yang perlu aku buat. Semalam, En R mintakaku sediakan poster untuk pameran MTE.... Kenapalah projek aku jugak yang nak dimasukkan. Oo... korang... kalau bab mengutuk projek aku tu nombor satu! Konon projek bermasalahlah.. projek sakitlah! Tapi kalau bab pameran, bab lawatan... projek aku nilah yang korang cari! Projek aku nilah yang paling baik. Ces!
Beginilah nasib bila jadi kuli orang... hohoho... Bilalah masa aku nak jadi tauke pulak?
Moral of the story: jangan buat entry masa tengah tension. :D

Nota:
maaf kerana terlambat membalas comment di entry sebelumnya. Saya baru saja balik dari outstation di melaka.

7 comments:

lilysuriani said...

hahaha saya budak degil, langsung tak peduli larangan jangan baca tu hehehe. lain macam jer bunyi n3 ni. rasa macam salah masuk blog pun ada jugak.take care!

Anonymous said...

memang budak degil!! hehehe...

-kak seri

Nina Suria said...

awat letak 'jangan baca' ni buat kakmOn nak baca tahap petala ke8..

aiseymen seri tengsyen, daku pun sama. esok tak nak jd kuli lagi.. ces

(^_^)

Anonymous said...

lagi nak baca kalu org larang, x nak jadi kuli? meh join bisnes yg saya buat...

Anonymous said...

kakmon: tu cara nk suruh org baca tu... :D

zt: tak reti nk join bisnes camtu. nak dok releks tapi dapat duit... ada ke kije cam tu? :P

-seriadriani

Abang Long said...

Salam hormat.

Emel jemputan telah dikirimkan, program lawatan oleh Kelab Peminat Novel ALAF 21.

Harap dapat meluangkan masa.

TERIMA KASIH

Mersik said...

(Sambil tutup mata)

Oh.. perbadi nyerr.... hik hik