Friday, February 15, 2008

Senyum

Mungkin telah ditakdirkan saya menjadi seorang manusia yang tidak pandai melawan dan bertegang leher dengan sesiapa pun. Ini kerana saya tidak suka meletakkan diri dalam zon 'panas' atau bergaduh dengan orang lain. Dalam banyak hal saya lebih banyak memendam rasa. Ini kerana selalunya, bila saya cuba mempertahankan diri dalam sesuatu hal, perkara itu tidak akan terjadi seperti mana yang saya kehendaki. Selalunya saya akan kalah dan perkara akan menjadi lebih buruk. Ironinya saya pula yang akan disalahkan.
Ada ketika saya cemburu dengan orang2 yang 'mulut lepas'. Pada saya, mereka lebih jujur dalam menyuarakan kata hati. Saya pelik kerana orang2 seperti ini tidak pulak menerima nasib seperti saya apabila saya melepaskan perasaan saya. Sebaliknya,mereka akan dipandang tinggi pula.
Justeru, saya sering merasa tidak adili. Orang boleh lakukan sesuka hati pada saya. Saya tidak punya kuasa untuk melawan. Jika melawan, perkara itu balik kepada saya semula. Yang salahnya saya... yang buruknya saya.
Semalam, bila direnung-renung kembali... saya membuat kesimpulannya begini: Terimalah segalanya dengan hati terbuka. Memang sakit, perit... tapi redha. Bukan mengalah, tetapi pasrah. Mungkin orang menganggap lemah, tetapi itulah kekuatan yang orang lain tidak ada.


Senyum sikit:

Cuti Raya Cina hari tu, saya dan hubby sibuk membantu Alif menyudahkan homework Pendidikan Seninya. Tugasannya ialah; membuat durian menggunakan belon dan manila card. Manlia card tu digunting2, dijadikan kelongsong untuk dijadikan duri buah durian tersebut.
Macam mana tak nak bantu, kalau berjam2 merengek tak tahu nak buat. Saya pun ajrlah caranya... Nasib bailah ibu dia ni pernah buat masa kecik2 dulu.
Dah diajar, tapi masih tak nak buat jugak. mengada betul budak sorang tu! Rasa nak sekeh2 jekk..
Bila saya bising2, hubby pulak tolong buatkan duri, dan saya tukang gunting. Alif tukang tampal.

Ibu: Nasib baik ibu buat sendirimasa kecik2 dulu, tahu jugak ibu cara nak buat benda alah ni. Alif tak nak buat sendiri, nanti tak tahu sampai bila2. Nanti kalau anak Alif mintak tolong, camner?

Alif: Suruh nenek dia lah!

Ayah: Huuuu... nanti ayah cakap kat cucu ayah tu; tiga keturunan aku dok buat benda ni. Itulah bapak engkau... tak nak belajar dulubuat sendiri.