Wednesday, January 30, 2008

Rumah Baru Alamat Lama

Salam buat semua... sudah lama saya membiarkan rumah lama berkusam dan bersawang. Bukan tak nak update, tetapi kesibukan dengan ugas harian benar-benar tidak mengizinkan saya menulis di blog serta menziarahi blog kawan-kawan. Orang pun dah tak sudi ke mari, mungkin bosan asyik cerita basi aje... hehhee
Sempena tahun baru ni (walaupun dah sebulan berlalu), saya nak bina rumah baru, buka cerita baru... Yang lama tu biarlah tersimpan dalam memori.
Pertama kali saya buka blog dulu ialah bersama enovel Cinta Seri Adriani. Ketika itu saya saya sekadar 'cempedak di luar pagar'. Banyak yang saya tak tahu. Saya mendapat tunjuk ajar dari beberapa orang geng jurnal. Alhamdulillah... dapat jugak saya tambah ilmu dalam bidang IT ni.
Mungkin pengikut CSA, masih ingat midi ini... :D
Kini, sudah banyak yan saya pelajari, sudah ramaikawan yang saya kenal baik jauh mahu pun dekat... Terima kasih buat semua... Harap-harap 'rumah baru' ini akan sentiasa baru juga...
Buat semua pengunjung yang sering bertamu di sini, saya ucapkan terima kasih. Maaf kalau saya sering menghidangkan menu basi. Masa benar-benar mencemburui saya..
ALamak... macam ucapan perpisahan lak. Okey, sehingga jumpa lagi!