Friday, February 15, 2008

Senyum

Mungkin telah ditakdirkan saya menjadi seorang manusia yang tidak pandai melawan dan bertegang leher dengan sesiapa pun. Ini kerana saya tidak suka meletakkan diri dalam zon 'panas' atau bergaduh dengan orang lain. Dalam banyak hal saya lebih banyak memendam rasa. Ini kerana selalunya, bila saya cuba mempertahankan diri dalam sesuatu hal, perkara itu tidak akan terjadi seperti mana yang saya kehendaki. Selalunya saya akan kalah dan perkara akan menjadi lebih buruk. Ironinya saya pula yang akan disalahkan.
Ada ketika saya cemburu dengan orang2 yang 'mulut lepas'. Pada saya, mereka lebih jujur dalam menyuarakan kata hati. Saya pelik kerana orang2 seperti ini tidak pulak menerima nasib seperti saya apabila saya melepaskan perasaan saya. Sebaliknya,mereka akan dipandang tinggi pula.
Justeru, saya sering merasa tidak adili. Orang boleh lakukan sesuka hati pada saya. Saya tidak punya kuasa untuk melawan. Jika melawan, perkara itu balik kepada saya semula. Yang salahnya saya... yang buruknya saya.
Semalam, bila direnung-renung kembali... saya membuat kesimpulannya begini: Terimalah segalanya dengan hati terbuka. Memang sakit, perit... tapi redha. Bukan mengalah, tetapi pasrah. Mungkin orang menganggap lemah, tetapi itulah kekuatan yang orang lain tidak ada.


Senyum sikit:

Cuti Raya Cina hari tu, saya dan hubby sibuk membantu Alif menyudahkan homework Pendidikan Seninya. Tugasannya ialah; membuat durian menggunakan belon dan manila card. Manlia card tu digunting2, dijadikan kelongsong untuk dijadikan duri buah durian tersebut.
Macam mana tak nak bantu, kalau berjam2 merengek tak tahu nak buat. Saya pun ajrlah caranya... Nasib bailah ibu dia ni pernah buat masa kecik2 dulu.
Dah diajar, tapi masih tak nak buat jugak. mengada betul budak sorang tu! Rasa nak sekeh2 jekk..
Bila saya bising2, hubby pulak tolong buatkan duri, dan saya tukang gunting. Alif tukang tampal.

Ibu: Nasib baik ibu buat sendirimasa kecik2 dulu, tahu jugak ibu cara nak buat benda alah ni. Alif tak nak buat sendiri, nanti tak tahu sampai bila2. Nanti kalau anak Alif mintak tolong, camner?

Alif: Suruh nenek dia lah!

Ayah: Huuuu... nanti ayah cakap kat cucu ayah tu; tiga keturunan aku dok buat benda ni. Itulah bapak engkau... tak nak belajar dulubuat sendiri.

Tuesday, February 12, 2008

Aku Kecewa

Saya tak tahu apa yang ditulis sebenarnya. Tapi saya cuma nak katakan yang saya sedang KUCIWA ketika ini. Huwaaaaa...


PROMO:

Dapatkan Novel Sebening Rindu yang ditulis oleh Azhan Kamal teritan Alf 21.

Ini yang saya ciplak daripada website mal:

Perit rasa hati bila orang yang disayangi pergi jauh meninggalkan segala-galanya di muka bumi ini. Di mana kasih, sayang, rindu dan cinta bila kesemuanya tidak kesampaian? Tetapi, kenapa perasaan itu tidak mahu turut pergi sedangkan ada insan lain yang sudi bertapak di hati.

Nazatul … gadis pujaan dua jejaka. Antara Kamarul dan Faizal, dia hanya mendambakan cinta kepada yang satu. Namun, mampukah penyakit yang ditanggungnya itu membahagiakan si dia?

Kamarul … cita-citanya untuk memiliki gadis itu terlalu tinggi . Namun , tuntutan tugas dan keluarga menggamit kesabarannya. Dia masih menggenggam satu harapan untuk memastikan cintanya tetap mekar.

Faizal … punya karisma yang tinggi dalam kerjaya. Status ‘metrosexual guy’ yang dipegangnya memungkinkan dia mendapat apa sahaja yang diingini. Perangai anehnya merentap jiwa insan yang amat menyayanginya.

Iryanty … gadis seberang yang tabah mengharungi liku-liku perjalanan hidupnya. Mencintai dan dicintai itulah yang sangat diimpikan. Dia bersyukur masih ada yang sudi mengisi ruang di hatinya. Namun, mengapa saat-saat akhir hidupnya, baru dia merasai kebahagiaan itu?
“Cintailah dia yang menyayangi dirimu.”

Tuesday, February 5, 2008

Jangan baca: Ini catatan peribadi

Sudah sebulan tahun 2008 kita lalui. Begitu pantas masa berlari. Begitu cepat dunia berputar. Ya TUHAN... umur pun semakin meningkat.
Awal-awal tahun lagi aku dihadapkan dengan bermacam masalah di pejabat. Masalah pertama yang perlu aku seelesaikan secepat mungkin ialah masalah peribadi staf di bawah aku. Antara dua orang pegawai yang ada di cawangan aku tu, entah kenapa bos melantik aku jadi kaunselor tak bertauliah. Oh, tolonglah! Aku tak suka scampur urusan orang. Dia tak tahu, aku ni bukannya pandai nak nasihatkan orang. Dia tak tahu aku ni jenis yang mudah nak 'melantakkan orang'. hehehe... Masalah aku pun berlambak lagi yang tak selesai. Tapi apa nak buat... kerana aku kuli, maka terpaksalah aku akur. Maklumlah... saya yang menurut perintah! :P
Di atas meja aku tu, menimbun spesifikasi yang nak disemak. Semuanya berntada 'SEGERA'. Di sebelahnya pulak, ada 2 spesifikasi pembelian peralatan yang perlu aku buat. Semalam, En R mintakaku sediakan poster untuk pameran MTE.... Kenapalah projek aku jugak yang nak dimasukkan. Oo... korang... kalau bab mengutuk projek aku tu nombor satu! Konon projek bermasalahlah.. projek sakitlah! Tapi kalau bab pameran, bab lawatan... projek aku nilah yang korang cari! Projek aku nilah yang paling baik. Ces!
Beginilah nasib bila jadi kuli orang... hohoho... Bilalah masa aku nak jadi tauke pulak?
Moral of the story: jangan buat entry masa tengah tension. :D

Nota:
maaf kerana terlambat membalas comment di entry sebelumnya. Saya baru saja balik dari outstation di melaka.