Sudah sebulan tahun 2008 kita lalui. Begitu pantas masa berlari. Begitu cepat dunia berputar. Ya TUHAN... umur pun semakin meningkat.
Awal-awal tahun lagi aku dihadapkan dengan bermacam masalah di pejabat. Masalah pertama yang perlu aku seelesaikan secepat mungkin ialah masalah peribadi staf di bawah aku. Antara dua orang pegawai yang ada di cawangan aku tu, entah kenapa bos melantik aku jadi kaunselor tak bertauliah. Oh, tolonglah! Aku tak suka scampur urusan orang. Dia tak tahu, aku ni bukannya pandai nak nasihatkan orang. Dia tak tahu aku ni jenis yang mudah nak 'melantakkan orang'. hehehe... Masalah aku pun berlambak lagi yang tak selesai. Tapi apa nak buat... kerana aku kuli, maka terpaksalah aku akur. Maklumlah... saya yang menurut perintah! :P
Di atas meja aku tu, menimbun spesifikasi yang nak disemak. Semuanya berntada 'SEGERA'. Di sebelahnya pulak, ada 2 spesifikasi pembelian peralatan yang perlu aku buat. Semalam, En R mintakaku sediakan poster untuk pameran MTE.... Kenapalah projek aku jugak yang nak dimasukkan. Oo... korang... kalau bab mengutuk projek aku tu nombor satu! Konon projek bermasalahlah.. projek sakitlah! Tapi kalau bab pameran, bab lawatan... projek aku nilah yang korang cari! Projek aku nilah yang paling baik. Ces!
Beginilah nasib bila jadi kuli orang... hohoho... Bilalah masa aku nak jadi tauke pulak?
Moral of the story: jangan buat entry masa tengah tension. :D
Nota:
maaf kerana terlambat membalas comment di entry sebelumnya. Saya baru saja balik dari outstation di melaka.
Tuesday, February 5, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)